FAKTOR-FAKTOR PENYALAHGUNAAN DADAH

Kurang didikan agama oleh ibu bapa

Berlaku apabila seseorang yang kurang kekuatan iman menyebabkan mereka lebih mudah terpengaruh atau tergoda dengan godaan syaitan . Ibu bapa seharusnya memberikan anak-anak didikan agama yang sempurna dan cukup untuk mereka membawa diri masing masing.

Seperti yang kita lihat dalam televisyen dan dengar dicorong radio bahawa kebanyakan masyarakat kita terlibat dengan penyalahgunaan dadah ini adalah akibat daripada pegangan agama yang rapuh .


Pengaruh rakan sebaya

 Psikologinya seseorang itu lebih mudah dipengaruhi oleh rakan-rakan berbanding dengan orang lain.Hal ini demikian,dapat dilihat bahawa rakan-rakan merupakan orang yang paling rapat dengan diri kita .Fenomena yang berlaku ini dapat dilihat apabila pengaruh rakan sebaya adalah sangat kuat.

Pemberontakan diri

Faktor ini boleh terjadi disebabkan oleh seseorang itu ingin memberontak terhadap sesuatu autoriti .
Contoh yang dapat dilihat adalah anak-anak yang memberontak atau memprotes terhadap ibu bapa mereka apabila sesuatu yang diingini tidak dipedulikan oleh ibu bapa .




Gangguan Emosi


 Sesetengah individu mengunakan dadah adalah untuk melupakan masalah yang dihadapinya kerana dadah dapat menghilangkan kawalan otak dan mengkhayalkan .Hal ini demikian menyebabkan seseorang itu lupa untuk seketika masalah yang dihadapinya . Keaadaan inilah yang menyebabkan seseorang itu mengambil dadah secara berterusan untuk mendapatkan kesan lupa dan euphoria yang lama.

Ibu bapa yang lalai dalam melaksanakan tanggungjawab mereka

Ini dapat dilihat apabila ibu bapa yang sibuk bekerja ,lupa untuk memberikan kasih sayang sepenuhnya terhadap anak-anak yang kini meningkat remaja .Mereka hanya mementingkan materilistik semata-mata sehingga tiada langsung masa yang diluangkan bersama anak-anak bagi mengetahui aktiviti semasa yang mereka lakukan .Hal ini demikian menyebabkan mereka rasa dipinggirkan atau tidak disayangi lalu melakukan perkara-perkara yang tidak diduga ini.

 Bak kata pepatah melayu ada menyebut “melentur buluh biarlah dari rebungnya” ,bermaksud ibu bapa seharusnya membimbing atau membentuk anak mereka sejak dari kecil lagi dengan memberikan didikan yang sempurna .

No comments:

Post a Comment